LaparPo
Peniaga Ditegur Individu Misteri Gara-Gara Jual Nasi Terlalu Murah
Berita
Nurul Shima

Seorang peniaga wanita meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan seorang individu yang berada kurang senang dengan keputusannya untuk menjual nasi bajet dengan harga yang terlalu murah.

Beliau yang dikenali dengan nama Nurul Shima dikatakan menjual makanan dengan harga terlalu murah sehingga didakwa menganggu pasaran peniaga lain.

Shima telah berkongsi pengalamannya ditegur oleh individu yang tidak dikenali kerana menjual makanan ketika beliau sedang menjual di gerainya.

“Datanglah seorang Hamba Allah ke gerai nasi bajet baru-baru ni. “3.50 satu ke?”, tanya dia. Saya pun ye.
Dia tanya lagi “lauk asing atau campur nasi?” Dan saya pun jawab la lauk asing.”

“Dia pun tanya lagi. Sampai la ke peringkat saya terkedu kejap bila dia cakap: “Awak ni nak tutup periuk rezeki orang yang jual nasi lain ke? Kalau awak jual harga gini, macam mana peniaga lain nak hidup? Mesti orang beli kat awak sebab murah.”

“Awak kena naikkan harga jadi 4.50, kena selarikan nasi rahmah”. Aikkk.. dia dah tanya itu ini, lepas tu dia ceramahkan saya pulak,” katanya.

Beliau membuat keputusan untuk memberikan sebungkus kepada lelaki terbabit kerana sudah malas melayan karenahnya.

“Encik amik sebungkus ni, saya bagi percuma je. Encik cuba. Kalau ok, boleh singgah beli nanti”, saya senyum dan malas nak layan. Pelbagai tingkah laku orang yang datang singgah gerai nasi bajet saya ni. Kadang ada rasa nak tepuk dahi sendiri kat situ juga,” katanya.

Rata-rata netizen geli hati dengan tindakan peniaga ini namun berharap agar beliau dapat terus cekal menghadapi ujian ketika berniaga.