PENGGUNA BOLEH MEMBELI BARANG BAYAR KEMUDIAN DI SHOPEE

By: Afiq

Shopee hadirkan dengan kemudahan terbaru di platform Shopee Malaysia. Terbaru ialah kemudahan SPAYLATER di mana pengguna boleh membeli belah di Shopee secara berhutang ataupun bayar secara ansurans. Dengan syarat anda perlulah berumur 18 tahun keatas dan memiliki Mykad yang sah.

Selepas mengaktifkan SPAY LATER di Shopee, penggunaan akan diberikan had belanja masing-masing. Pembayaran haruslah dilakukan sebelum 10 haribulan. Walaupun kemudahan ini telah lama berada di negara luar seperti Indonesia, namun ianya berita gembira buat seluruh pengguna Shopee Malaysia.

Admin sarankan supaya anda berbelanjalah dengan bijak dan beli apa yang perlu tambahan pula negara kita dilanda dengan masalah COVID-19 yang agak menjejaskan ekonomi negara dan rakyat.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *