Ramai yang masih tak tahu yang di Pualau Pinang ada sebuah taman seperti cerita Avatar. Taman Avatar ini dihiasi penuh dengan lampu LED yang digantung berjuntai di pokok-pokok. Anda akan berasa seperti anda di dalam cerita Avatar apabila anda masuk ke taman ini. Jika anda berkunjung ke sini, kami cadangkan untuk datang pada pukul 7 kerana di sini juga anda boleh melihat matahari terbenam. Jadi anda boleh menikmati matahari terbenam dalam pukul 7.30 dan selepas itu boleh terus masuk ke taman Avatar yang berada di sebelahnya sahaja. Kemungkinan ramai yang masih tidak tahu tentang tempat ini kerana ianya agak tersembunyi sedikit daripada jalan besar. Jadi di sini kami sertakan alamat.
336 Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.