PENAMPILAN BARU JARED LETO SEBAGAI ‘JOKER’ DALAM ZACK SYNDER’S JUSTICE LEAGUE

by Ezzat Shukri

Vanity Fair berkongsi gambar Jared Leto, yang bakal muncul sebagai Joker di Justice League Zack Snyder.

Snyder mengarahkan versi asal Justice League tetapi mengundurkan diri dari filem itu berikutan kematian anak perempuannya. Joss Whedon diupah untuk menyelesaikan filem itu, yang berakhir dengan visi asal Snyder.

Dalam temu ramah Vanity Fair, Snyder mengatakan bahawa dia memutuskan untuk menambahkan Joker setelah dia ditawarkan peluang untuk membuat director’s cut.

Gambar tersebut menunjukkan Jared Leto sebagai Joker berambut panjang dan memakai pakaian hospital. Karakternya kelihatan berbeza dari Joker versi sebelum yang berambut pendek dan bertatu yang dimainkan dalam filem 2016 Suicide Squad.

Snyder berkongsi gambar tersebut di laman sosial sebelum memadamnya, dan mengelarkan watak joker yang dilakon oleh Jared Leto sebagai ‘The Crown Prince of Crime’.

The Joker is really the only thing that I thought of in retrospect,” kata Snyder. “But I will say that it was always my intention to bring Joker into that world.

The cool thing about the scene is that it’s Joker talking directly to Batman about Batman,” kata Snyder. “It’s Joker analyzing Batman about who he is and what he is.

Zack Snyder’s Justice League bakal ditayangkan di HBO GO Asia pada 19 Mac 2021.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *