Pempengaruh terkenal, Wawa Idris berkongsi beberapa adab yang boleh dicontohi dan diamalkan apabila dibelanja makan oleh seseorang.
Menerusi perkongsian di media sosial beliau, beliau menyebarkan adab ini memandangkan sesetengah orang mungkin tidak di ajar berkenaan adab ini.
Adab yang pertama, jangan memesan makanan yang lebih mahal daripada orang yang belanja.
”Jika orang tersebut memesan set nasi goreng cili padi, kalian janganlah memesan set stik pula”, katanya.
Kedua, ucaplah terima kasih walaupun orang itu sudah selalu belanja kita.
Wawa juga sempat memberikan contoh yang beliau akan tetap berterima kasih kepada suaminya meskipun suaminya selalu belanjanya makanan.
”Terima kasih sayang”, ucapnya dalam video berkenaan.
Akhir sekali perunding imej itu berkata ianya tidak salah untuk membelanja orang yang lebih berduit daripada kita.
Beliau juga sempat menitipkan pesan di akhir video supaya jangan buatkan orang yang belanja kita berasa serba salah dan tidak senang duduk melihat makanan yang kita pesan.
“Jangan ‘sembelih’ orang yang belanja kita”, nasihat beliau di hujung video.