LaparPo
Pemain Selangor FC Semarakkan Program Subuh Macam Jumaat Di Shah Alam Ahad Ini
Berita
SA City Council

Program Subuh Macam Jumaat bakal diadakan lagi di Selangor dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pemain Selangor FC.

Menerusi satu hantaran di Instagram Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), program Subuh Macam Jumaat ini bakal diadakan pada 18 Februari 2024 di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor.

Lebih menarik, program ini akan turut dihadiri beberapa pemain kelab Selangor FC yang akan turut serta solat berjemaah.

Selepas aktiviti solat Subuh, program riadah bersama keluarga juga turut diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bersempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan.

Pelbagai aktiviti menarik boleh disertai orang ramai seperti larian 5 kilometer dan lain-lain di sana.