PELAPIS FLOYD MAYWEATHER JR GERVONTA TANK DAVIS

Floyd Mayweather Jr nama yang tidak asing lagi di dalam arena sukan Tinju. Dengan rekod perlawanan 50-0 selepas perlawanan dengan Conor Mc Gregor akhirnya beliau membuat keputusan untuk bersara dalam arena Tinju. Tetapi beliau tidak hanya bersara begitu sahaja beliau telah meninggalkan seorang ‘protege’ bagi menyambung legasi Mayweather Promotion iaitu Gervonta Tank Davis.

Gervonta Davis salah satu peninju yang membawa ‘hype’ baru pada arena tinju dengan rekod perlawanan 23 menang dengan 22 pukulan K.O tanpa rekod kalah. Gervonta Davis baru-baru ini berjaya merampas WBA Lightweight Title dari Yuriorkis Gamboa.

Bapa saudara beliau telah membawa Gervonta Davis bermula berlatih tinju di usia seawal 5 tahun di Upton Boxing Center bagi mengelak beliau dari ‘negativity’ jalanan di tempat tinggalnya Baltimore. Gervonta Davis membuat penampilan pertama pada tahun 2013 menentang Desi Williams dengan pukulan KO di pusingan pertama. Pada tahun 2015 beliau telah berkenalan dengan Floyd Mayweather Jr dengan nilai harta anggaran USD 1 billion, yang merupakan idola bagi peninju-peninju muda pada waktu itu. Seorang peninju yang berjaya keluar dari pompong kemiskinan dengan bermain tinju sehingga berjaya. Dalam tahun sama Gervonta Davis akhirnya menandatangani untuk menyertai Mayweather Promotions.

Dengan prestasi beliau di dalam gelanggang yang sentiasa mengalahkan pihak lawan dengan semua pukulan K.O beliau berjaya menjadi anak emas Mayweather Promotion. Adakah anda rasa Gervonta Davis mampu mencipta legasi yang lebih hebat dari Floyd Mayweather Jr ?

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *