LaparPo
Pelancong China Tersiksa Di Malaysia, Makanan Tak Sesuai Dengan Citarasa
Berita
Astro Gempak

Seorang pelancong wanita China mengundang rasa kurang senang warga maya susulan kritikannya terhadap makanan Malaysia.

Gempak News memuatnaik satu video di TikTok berkenaan perihal seorang warga China yang mendakwa dirinya hampir mati kelaparan.

Ini kerana dia merasakan makanan Malaysia tidak kena dengan seleranya. Pelancong tersebut turut merakam imej makanan yang dikatakan tidak sedap itu.

Pelancong wanita ini kemudiannya cuba memesan makanan di sebuah restoran Cina. Bagaimanapun, dia berdepan kesukaran untuk memesan makanan atas sebab halangan bahasa.

Meskipun telah menggunakan aplikasi penterjemah bagi memudahkan komunikasi, pelancong terus berdepan kesukaran memesan makanan.

Hal ini menyebabkan si polan ini mengkritik penduduk tempatan kerana tidak pandai berbahasa Mandarin.

Ini kerana si pelancong ini menyangka disebabkan Malaysia memiliki hubungan baik dengan China, maka penduduk negara ini dilihat mampu berkomunikasi dalam medium bahasa yang dinyatakan.

Video yang tular di media sosial ini dipercayai dirakam di Sabah baru-baru ini. Hal ini menimbulkan kemarahan warga maya di media sosial.

Ramai pengguna menyifatkan pelancong tersebut sebagai biadab dan langsung tidak menghormati masyarakat tempatan.

Video berdurasi 63 saat itu telah ditonton sebanyak 554,000 kali di media sosial dan mendapat lebih 2,000 komen.