LaparPo
Pelajar Pertikai Tugas Pegawai Keselamatan, Hadapi Soal Jawab Sebelum Masuk Kampus
Berita
Stalwart

Seorang pelajar di institusi awam di Malaysia mempertikai tugas pegawai keselamatan yang dilihat menyoalnya dengan pelbagai soalan sebelum masuk ke kampus pelajar tersebut.

Tular satu rakaman memaparkan seorang pelajar disoal siasat oleh seorang pegawai keselamatan di sebuah institusi awam di Malaysia semalam.

Dilihat rakaman pelajar tersebut mengatakan beliau baru sahaja pulang daripada bercuti dan ingin kembali ke kampur, namun disoal siasat seperti membuat satu kesilapan besar sehingga mahukan bukti yang benar pelajar itu pulang daripada kampung.

“Kenapa waktu sekarang baru nak balik? Bertolak lambat kenapa? Bukti awak balik Alor Setar?,” soal pengawal tersebut.

“Kami daripada Alor Setar, balik kampung, kami bertolak lepas maghrib, bertolak lambat sebab saya ada urusan keluarga, saya tiada bukti tol ke apa sebab saya pakai Touch n Go je tadi,” kata pelajar tersebut.

Pelajar itu dilihat tidak berpuas hati dengan soal jawab yang diberikan, beliau bertindak menularkan rakaman di media sosial.

“Soalan: Apa bidangkuasa Osem (Office of Security Management) untuk menghalang pelajar memasuki kawasan universiti meskipun dokumen da diberikan? Seolah ianya budi bicara.

“Balik kampung je. Dah postgrad pun kena soal macam JAIS tangkap khalwat lol,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.