LaparPo
Pekerja Restoran Cina ‘Bocorkan’ Jualan Kedai Cecah RM80 Ribu Sehari
Berita
eatai786

Sebuah restoran Cina Muslim mencuri tumpuan pengguna media sosial kerana merekodkan jualan sekitar RM70,000 hingga RM80,000!

Perkara ini dikongsikan oleh pengguna TikTok dan blogger makanan, eatai786 selepas mengunjungi restoran mi tarik Cina Muslim di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dia pergi ke restoran berkenaan dengan tujuan merasai mi tarik Lanzhou yang popular dalam kalangan pelanggan.

Semasa melihat proses pembuatan mi, seorang pekerja memaklumkan mereka meraih jualan sekitar RM70,000 hingga RM80,000.

Sebaik mendengar angka tersebut, eatai786 kemudiannya membuat pengiraan dengan menggunakan harga mi tarik Lanzhou iaitu RM14 sebagai asas.

Apabila dibahagikan dengan jualan minimum sehari iaitu RM70,000, ini bermakna restoran tersebut telah menjual 5,000 mangkuk mi tarik Lanzhou sehari. Ini belum dicampur dengan jualan menu hidangan lain yang disediakan di restoran sama.

Eatai786 kemudiannya mencuba sendiri mi tarik Lanzhou dan mendapati rasanya enak – bersesuaian dengan selera orang tempatan.

Restoran tersebut menjadi pilihan ramai kerana menyediakan masakan Cina Muslim secara buatan tangan.

@eatai786

China Muslim Food (Lanzhou Beef Noodle)is so popular in China town kuala lumpur, selling 70-80k per day crazy!#eat爱 #chinesemuslim

♬ 原声 – EatAi亦太(HalalFoodie) – EatAi亦太(HalalFoodie)

Malah, harga yang ditawarkan bagi setiap menu juga berpatutan dari RM14 hingga RM40.