LaparPo
Pasembor Terkenal Penang Kini Bertapak Di Bandar Sri Permaisuri Cheras
Berita
Laparpo

Sebut saja makanan terkenal Penang, nama pasembor pasti meniti di bibir penggemar makanan.

Kini, pencinta makanan tidak lagi perlu ke Pulau Pinang untuk menikmati pasembor terkenal negeri berkenaan.

Mereka hanya perlu bertandang ke Restoran Hussain King Pasembor di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Ini kerana di sinilah tempat terbaik bagi pencinta makanan Pulau Pinang untuk mendapatkan pasembor paling enak dari Pulau Mutiara itu.

Dengan harga RM28.00, pengalaman merasai pasembor Restoran Hussain King Pasembor dianggap berbaloi.

Ini kerana rasa masam dan manis pada pasembor berkenaan seimbang sekaligus membantu pelanggan menikmati hidangan ikonik Pulau Pinang itu.

Selain pasembor, Restoran Hussain King Pasembor turut menawarkan hidangan unik seperti ayam pasembor dan roti sarang burung.

Menariknya, pelanggan yang memesan roti sarang burung di restoran itu sebagai sarapan pagi bakal mendapat sos avokado sebagai pilihan kuah mereka.

Bila roti dicicah dengan sos tersebut, rasanya bukan saja tidak pedas. Malah, rasanya manis dan penuh berlemak – berita baik bagi penggemar roti yang inginkan alternatif kuah pedas.

Hidangan roti sarang burung ini dijual pada waktu pagi dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan harga RM4.80.

Bagi individu yang merasai pengalaman pasembor Hussain King Pasembor, mereka boleh datang ke restoran yang terletak di alamat 11 Jalan Dwitasik, Ground Floor, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Selain di Bandar Sri Permaisuri, Restoran Hussain King Pasembor turut memiliki tiga cawangan restoran di Malaysia. Tiga lokasi itu ialah Padang Kota Lama, Putrajaya dan Cheras.