Pankek Gebu Falala

By Hapeaceuddin

Selalu pagi-pagi dok pi breakfast kat McD kan. Pekena pulak pankek dia fuhh gebu gebas. Kalini kena quarantine dah tak boleh dah pi breakfast kat McD. Tapi tak pa jangan risau, harini mai nak share cara buat pankek fluffy macam kat McD. Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

• 1 cawan tepung gandum
• 2 sdt baking powder
• Secubit garam
• 2 sdb gula halus / kastor
• 3/4 cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
• 1 biji telur gred A, dikocok
• 2 sdb butter, dicairkan
• 1 sdt esen vanila
• Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper (Tapi saya tak guna sebab pakai non-stick pan)

Benda yang first hampa perlu buat ialah asingkan Bahan Kering & Basah. Satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan. Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Lepastu gaul setakat rata saja, jangan overmix. Kalau ada sikit ketui-ketui/ketulan-ketulan tepung tak apa.

Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.

Lepas dah rehat boleh la move kepada masak. Panaskan non-stick pan kecik, guna api paling kecik sekali. Tak payah sapu minyak pun tak pa. Lepastu, tuang adunan tadi dan biarkan hingga pankek naik gebu dan keperangan. Bila dah berbuih tu maknanya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak. Bila dah Nampak cukup masak, boleh dah angkat.

Tadaaaaaa. Dah siap dah pankek gebu ala-ala McD hampa. Pankek ni kalau sejuk pon dijamin masih fluffy. Tambah-tambah kalau letak Nutella ulooooh! Nikmatnya!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *