PADAH BERGURAU TENTANG KEMATIAN JANNA NICK NYAH AKTIFKAN AKAUN INSTAGRAMNYA

By: Kai

Baru-baru ini kecoh di sosial media Twitter dan Instagram apabila dua pelakon wanita bergurau senda tentang kematian seorang penyanyi Korea iaitu Jonghyun. Dua individu tersebut merupakan Janna Nick dan juga Sharifah Sakinah. Tular video mereka sedang mempersendakan kematian mendiang di sebuah Salon rambut.

Belum selesai dengan isu tersebut, Janna Nick muncul lagi dengan sebuah kontroversi hangat apabila drama arahannya mempersendakan nama kumpulan Blackpink dengan memparodikan kumpulan tersebut dengan nama Blackp*g.

Isu ini memarakkan lagi kemarahan peminat Kpop apabila kematian dan nama kumpulan artis kegemaran mereka dipersenda sedemikian. Oleh itu telah muncul hashtag untuk pelakon wanita tersebut sehingga ‘trending’ seluruh Malaysia iaitu #JANNANICKGOINGTOJAILPARTY.

Walaupun Janna Nick sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka namun akaun Instagramnya telah di nyah aktifkan kerana banyak ‘report’ telah dilakukan keatas akaun Instagramnya.

Sekian sahaja penulisan dan perkongsian admin kalini, semoga anda terhibur membacanya.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *