Overclaimed produk sampah !

By Shifa

Tapi dalam keadaan sekarang, ramai peniaga yang ambil kesempatan untuk mengeluarkan jenama sendiri hand sanitizer dan berani claim produk mereka mampu membunuh virus dan sebagainya sedangkan produk yang dijual hanyalah produk timbang semata mata ! Dan kita tidak tahu cara dia proses produk tersebut, semasa timbang adakah dia memakai sarung tangan ? adakah dia sendiri sanitize tangannya sendiri ? adakah barang barang yang diguna bersih dan terjamin ? FIKIR ! jangan disebabkan rakan rakan rapat kita yang menjual, kita sanggup beli walaupun kita tahu produk tersebut tidak biasa didengari dan nampak sebelum ni.

Dan baru baru ini juga diviralkan di media sosial tentang seorang usahawan yang OverClaimed produk dia mampu melawan virus covid-19 “Seriously ???? Doktor di seluruh dunia mencari dan mencipta macam macam penawar dan vaksin untuk selesaikan masalah sekarang, dia senang senang ja claimed produk dia boleh hapuskan virus Cov-19, “kau nak marketing, marketing lah, jangan berlebih lebih benda yang tidak fakta!”.

Pada keadaan sekarang juga, ramai juga yang ambil kesempatan menjual hand sanitizer, dan mask yang digunakan semula kepada orang orang yang memerlukan dengan harga yang terlalu tinggi dan berbeza 5kali ganda dari harga asal sesuatu barang tersebut ketika dalam keadaan keganasan virus Covid-19 ini. Jangan pentingkan diri untuk mendapat keuntungan sehingga memudaratkan kesihatan orang lain.

Kesan kepada “OVERCLAIMED PRODUK”

kesannya ialah kepada pengguna yang percaya kepada apa apa produk tersebut.Jika mereka menggunakan kemungkinan dapat memberi kesan buruk kepada pengguna, kerana kita tidak tahu cara pembuatan produk tersebut dan jaminan kebersihan produk itu. Jadi, jika anda ingin membeli apa apa produk yang tidak biasa mendengar atau lihat, kaji lah dahulu dan check no siri di web KKM sama ada berdaftar atau tidak

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *