OLIVIER GIROUD THE UNSUNG HERO

By: Afiq

Perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Chelsea menentang Atletico Madrid di Bucharest menjadi tumpuan media pada pagi semalam.

Sepakan akrobatik dari penyerang The Blues, Olivier Giroud pada minit ke-70 berjaya mengikat pihak lawan Atletico Madrid dengan kemenangan 1-0. Pada mulanya jaringan tersebut di anggap sebagai ‘offside’. Namun setelah mendapat pengesahan daripada ‘video assistant referee‘ (VAR). Jaringan tersebut dikira sebagai onside.

Giroud selalu muncul sebagai wira apabila berada di pentas besar seperti Liga Juara Juara dan juga Liga Juara Eropah. Pada musim Liga Juara Eropah 2018-2019, Olivier Giroud dinobatkan sebagai penjaring terbanyak untuk liga tersebut dengan jaringan sebanyak 11 gol. Ia merupakan jaringan terbanyak sepanjang liga itu berlansung pada 2012-2013.

Kini, Giroud merupakan satu-satunya pemain Chelsea yang telah berjaya menjaringkan gol tertinggi untuk Liga Juara Juara dengan jaringan sebanyak 6 gol. Kali terakhir pemain Chelsea yang berjaya menjaringkan sebanyak itu untuk satu musim adalah lagenda Chelsea iaitu Didier Drogba pada tahun 2011-2012.

Tambahan pula, Giroud juga merupakan pemain yang menjaringkan gol terbanyak untuk away games untuk Liga Juara-Juara diikuti Erling Haaland dan juga bekas penyerang Chelsea Alvaro Morata.

Walaupun banyak spekulasi mengenai perpindahan beliau, namun Giroud telah menempah nama sebagai lagenda Chelsea.

Itu saja perkongsian dan penulisan admin untuk kalini, semoga anda terhibur membaca.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *