Akhirnya Perdana Menteri Jepun, Shizo Abe dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersetuju menangguhkan Olimpik Tokyo untuk tempoh satu tahun. Hal ini untuk membolehkan semua atlet dapat menyertai temasya sukan terbesar dunia susulan pandemic Covid-19.
Sebelum ini, Tokyo yang sudah melengkapkan persiapan untuk mereka meneruskan juga sukan terbesar dunia apabila koronavirus mula menular ke seluruh dunia. Walaupun Tokyo berulang kali menegaskan untuk tetap meneruskan temasya sukan Olimpik, akhirnya Abe bersetuju untuk menangguhkannya kerana jika diteruskan, Olimpik tahun ini tidak akan dapat dilansungkan dengan sempurna dan meriah. Akan tetapi, temasya tersebut yang akan dilansungkan pada musim panas 2021 akan dijenamakan sebagai ‘Tokyo 2020’.