NOSTALGIA YANG MENYAYAT HATI

By: Kai

Sebut sahaja kartun Doraemon, pasti ramai yang teruja dan mengenali kartun tersebut tidak kira peringkat usia. Doraemon merupakan nostalgia bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 90-an. Kita sering dihiburkan dengan kisah penceritaan Nobita yang sering memerlukan bantuan Doraemon apabila berada dalam kesusahan. Oleh itu, filem terbaru Doraemon yang berjudul Stand By Me 2 sambungan kepada Stand By Me (2014).

Sipnopsis filem Stand By Me 2 adalah mengenai Nobita yang terjumpa patung beruang lamanya yang dihadiahkan oleh mendiang neneknya. Oleh itu, Nobita mengajak Doraemon menggunakan mesin masa untuk melawat neneknya semula.

Namun jalan penceritaan menjadi semakin sedih apabila Nobita dan Doraemon bertemu dengan nenek Nobita. Graf sedih semakin menaik apabila Nobita mahu menunaikan hajat neneknya. Penambahan watak nenek Nobita membuatkan hati para penonton tersentuh seakan ianya dekat dengan kisah hidup peribadi kita. Watak neneknya yang terlalu sayangkan Nobita dikisahkan seperti realiti sebenar. Ditambah pula dengan watak Giant, Suneo dan Shizuka yang mengetengahkan unsur persahabatan. Dialog-dialog yang digunakan amatlah menyentuh perasaan.

Walaupun filem ini berakhir dengan jalan penceritaan yang boleh dijangka, namun ianya masih mampu membuatkan penonton mengeluarkan air mata semasa menontonnya di pawagam.

Tak kisahlah berapa banyak filem Doraemon yang berakhir dengan ending yang sama, pasti ramai yang akan tetap menonton. Semoga kita akan disajikan lagi dengan filem-filem Doraemon pada masa yang akan datang.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *