LaparPo
Niat Belanja Ibu Mengandung Disalah Erti, Ada Yang Datang Minta Percuma 5 Bekas
Berita
shafiqnizam

Seorang pempengaruh di laman media sosial Tiktok berniat untuk memberikan satu bekas percuma makanan yang dijualnya iaitu Popis kepada ibu mengandung sekiranya datang ke kedai beliau.

Namun, niatnya itu disalah erti sesetengah ibu mengandung sehinggakan ada yang datang mahukan lima bekas percuma makanan viral tersebut.

Beliau tampil membuat satu kenyataan ingin memperbetulkan keadaan yang mana, ibu mengandung hanya diberikan satu bekas percuma sahaja daripada setiap pembelian.

“Saya memang ada bagitau ibu mengandung datang ke kedai saya dapat percuma, kalau datang beli 2 bekas, saya akan bagi 1 bekas percuma,” katanya di dalam video.

”Ada satu kejadian ibu mengandung datang beli 5 bekas tapi dia minta semua itu percuma, saya hanya diam tak cakap banyak sebab mungkin dia salah faham, saya bagi sahaja semua percuma,” jelasnya.

Difahamkan selepas kejadian tersebut, pempengaruh itu memberikan semua makanan yang diminta seorang pelanggan dengan percuma kerana tidak mahu memgeruhkan lagi keadaan.

Beliau dikatakan baru berjinak-jinak dalam perniagaan makanan di tapak festival makanan dan disebabkan tular, makanan yang diberikan nama Popis itu laris terjual.