NFS Heat Studio Bagi Pemodi Kereta

By Hapeaceuddin

Untuk para pemodi kereta di luar sana yang tak boleh keluar rumah untuk modi kereta tu ha mai pakat download satu app ni dalam fone hampa. App tu nama dia Need For Speed Heat Studio. Dengan app ni hampa boleh modified apa saja kereta yang hampa suka. Dari kereta kura-kura atau waksegan beatle yang cabuk sampai la hypercar. App ni dibuat sempena game Need For Speed Heat. Kalau yang ada game NFS Heat ni hampa tau la macam mana best dia punya game. Hampa juga boleh linkkan EA account hampa dengan app ni.


iOS yang dicadangkan untuk app ni ialah :
• iPhone 7 atau Ipad (2018) dan ke atas
• A10 64bit/Hurricane & Zeyphyr/ARMv8-A
• 2 GB RAM


Jangan risau bagi sapa yang pakai iphone 5 pon boleh main sbb ada minimum ios yang dicadangkan jugak :
• iOS versi 11.4 dan ke atas
• iPhone 5s dan iPad mini 2 dan ke atas
• A7 64bit/Cyclone/ARMv8-A
• 1 GB RAM


Untuk Android pula minimum yang dicadangkan ialah :
• Android versi 8.0 dan ke atas (API Level:26)
• Open =GL ES 3.0 Support
• Touchscreen
• 2 GB RAM


So untuk sesiapa yang suka modi kereta buat macam-macam tu boleh la try app ni. Tak dak la rasa bosan sangat terkurung kat dalam rumah tu dan boleh la lepas gian sikit nak modi kereta.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *