LaparPo
Netizen Tertanya Amalan Rahsia Pembeli Kek Tapak Kuda Ustaz
Berita
riduannoor95

Kek tapak kuda mula mendapat tempat di hati segelintir rakyat Malaysia lebih-lebih lagi selepas tular ‘Kek Tapak Kuda Ustaz’ dari Ustaz Riduan Noor.

Difahamkan untuk mendapatkan ‘Kek Tapak Kuda Ustaz’ ini, kesabaran yang tinggi sangat diperlukan kerana permintaan yang tinggi menyebabkan perlumbaan sengit telah berlaku untuk mendapatkannya.

Dalam satu video yang dimuatnaik di tiktok, Ustaz Riduan Noor telah mengumumkan bahawa perisa baru kek tapak kuda akan mula dijual iaitu kek berperisa coklat strawberi.

Namun video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Malah ada juga netizen yang tertanya-tanya apakah amalan pembeli ‘Kek Tapak Kuda Ustaz’ ini selepas mereka berjaya mendapatkannya.

“MasyaAllah apalah amalan org-orang yang dapat (beli Kek Tapak Kuda Ustaz) ni?” luah Muhammad di aplikasi Tiktok.

Dalam satu pendedahan di laman Facebook, Nor Hasni bt Jusoh yang juga pembeli Kek Tapak Kuda Ustaz, difahamkan sebanyak 400 biji kek telah habis terjual untuk tempoh 30 saat sahaja.

“Alhamdulillah, hari ni diberi peluang merasa kek Tapak Kuda Ustaz Riduan setelah percubaan tempahan kali ke-5 berjaya. Laku keras kek ni. Terjual 400 biji hanya dalam masa kurang 30 saat,” coret Nor Hasni di laman Facebook.

Ianya satu pencapaian yang hebat oleh Ustaz Riduan Noor yang telah mengusahakan perniagaan bakeri sejak 2021 lagi.