LaparPo
Netizen Terkejut Peniaga ‘Ketuk’ Pelancong RM10 Untuk Sebiji Burger Biasa
Berita
Travelling Solo Logs

Tindakan peniaga kiosk burger yang mengenakan cas sehingga RM10 kepada seorang pelancong yang membeli burger biasa di Bukit Bintang menjadi perhatian.

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh laman Facebook Travelling Solo Logs, pelancong itu memesan burger daging tanpa telur dan keju untuk membandingkannya dengan burger McDonald’s.

Keterujaan beliau untuk membuat perbandingan tersebut bertukar suram selepas mengetahui harga yang perlu dibayar untuk sebiji burger tersebut.

Beliau juga sempat merakam bahan-bahan yang diletakkan di dalam burger itu tetapi tindakan penjual meminta RM10 kepada pelancong tersebut membuatkannya tidak percaya.

“Adakah saya sudah ditipu oleh gerai penjual burger ini?” ujarnya hairan.

Namun begitu, beliau begitu gembira dapat membuat perbandingan antara burger Ramly dan juga McDonald’s dengan merasakan bahawa kedua-dua burger itu mempunyai keunikan tersendiri.

Beliau akhirnya lebih memilih burger Ramly sebagai burger pilihannya namun harga yang dikenakan terhadapnya menimbulkan pelbagai respon netizen.