NETIZEN MAKIN MELAMPAU!!!

By: Kai

Baru-baru ini tular di sosial media terutamanya aplikasi TikTok apabila seorang bapa yang merupakan seorang pegawai polis juga mendedahkan wajah anaknya yang mirip seakan orang Korea. Beliau mendedahkan kerana semasa isterinya mengandung, isterinya sering melihat rancangan popular di Korea iaitu Running Man.

Namun keadaan berubah menjadi negatif apabila ia dikongsi ke laman Facebook. Begitu banyak komen yang tidak berasas seperti tidak mempunyai otak dan agama! Rata-rata mengatakan bahawa bayi tersebut bukanlah anak kandungnya seolah-olah memfitnah isterinya berzina bersama orang lain ujar pegawai polis tersebut.

Menurutnya, dia mempunyai lebih daripada 20 screenshots yang menunjukkan fitnah terhadap isterinya. Oleh itu, pegawai polis tersebut memberi tempoh sehingga 5 haribulan Mac untuk mereka yang memberi kecaman dan fitnah terhadap keluarganya untuk memohon maaf. Sekiranya ia tidak dilakukan, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat.

Sedikit nasihat daripada admin, gunakanlah laman sesawang dan media sosial dengan sebaiknya. Sekiranya anda ingin komen perkara yang buruk, sebaiknya kita simpan untuk diri sendiri. Tidak perlu keluarkan perkataan yang berunsur negatif.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *