NETFLIX MENAWARKAN SATU FILEM BAHARU SETIAP MINGGU SEPANJANG TAHUN 2021

By Ezzat Shukri

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membuatkan ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat lari dari merasakan bosan. Malah, banyak masa terluang di rumah dibazirkan tanpa berbuat apa memandangkan aktiviti di luar rumah tidak dibenarkan. Oleh disebabkan itu, Netflix menjadi platform yang menjadi teman setiap individu dan keluarga di rumah pada masa ini.

Tidak dinafikan Netflix menjadi pilihan utama buat penonton oleh kerana platform ini tidak putus menawarkan kandungan yang menarik dan eksklusif buat pelanggan mereka. Bukan hanya sekadar filem, Netflix juga menawarkan siris dan dokumentari yang menarik dari pelbagai genre dan tema mengikut kesukaan penonton.

Berita baik buat pelanggan Netflix, mereka telah mengumumkan bahawa mereka bakal menawarkan filem dan siris baharu pada setiap minggu sepanjang tahun 2021 untuk memastikan pelanggan mereka tidak merasa bosan.

Menerusi video preview yang dimuat naik Netflix di laman Youtube mereka, dikatakan kini mereka mempunyai lebih 70 filem yang dijadualkan untuk tayangan. Contoh filem, To All The Boys: Always and Forever, tick, tick…BOOM!, The Princess Switch 3 dan The Kissing Booth 3. Semestinya ramai yang tidak sabar menunggu filem-filem baru yang bakal ditawarankan di Netflix.

Setiap filem yang ditawarkan menampilkan barisan pelakon yang hebat, “Netflix will bring you a new movie every week featuring the biggest stars including Leonardo DiCaprio, Sandra Bullock, Dwayne Johnson, Idris Elba, Meryl Streep, Zendaya, Jennifer Lawrence, Ryan Reynolds, Jennifer Garner, Gal Gadot, Dave Bautista, Naomi Watts, Jake Gyllenhaal, John David Washington and Octavia Spencer.” kata mereka di laman web Netflix.

Pasti ramai yang tidak sabar menunggu filem-filem terbaru dari Netflix. Semoga rakyat Malaysia dapat menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan betul bagi melawan virus Covid-19.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *