NETFLIX KELUARKAN SIRI MENGENAI DAJJAL?

Kalau anda perasan, baru-baru ni Netflix ada mengeluarkan sebuah drama siri bertajuk ‘Messiah’ mengisahkan seorang lelaki yang di gelar ‘al-masih’ yang bermaksud penyelamat atau pembebas bagi sekumpulan orang, senang kata kemunculan Nabi Isa di akhir zaman la.

Banyak kritikan yang diterima oleh drama bersiri ini, bukan sahaja di kalangan orang Islam tetapi dari agama – agama lain juga yang marah dengan penerbitan drama ini. Trailer yang dipamerkan di Youtube pun menerima 43K thumbs down, tanda kemarahan netizen. Ada juga yang mengatakan tujuan sebenar adalah untuk ‘brainwash’ orang menerima Dajjal apabila tibanya nanti.

Mengikut kepercayaan orang Islam Dajjal merupakan seorang manusia yang bermata satu yang akan muncul di akhir zaman dan mengakui dirinya tuhan dan berjaya mempengaruhi begitu ramai orang untuk menjadi pengikut setia malah pemimpin – pemimpin besar di dunia akan mendengar arahan Dajjal. Orang Islam juga percaya akhir zaman Nabi Isa akan dibantu oleh Imam Mahdi untuk menewaskan Dajjal dan kuncu – kuncunya. Cerita mengenai Dajjal ni banyak konspirasi yang mengatakan Illuminati merupakan salah satu organisasi yang menunggu kehadiran Dajjal. Kalau hampa hidup di alaf 2020 ni confirm pernah dengar mengenai konspirasi ni.

Antara yang menjadi tanda tanya adalah kenapa pemilihan watak & nama sangat berkait rapat dengan agama islam iaitu Mehdi Dehbi orang yang memegang watak ‘al-masih’ . Eve Geller yang bermaksud hawa iaitu bersamaan nama isteri Nabi Adam, seorang agent CIA yang cuba membongkarkan agenda sebenar lelaki yang digelar al-masih dan watak bernama Jibril iaitu nama malaikat yang bertugas menurunkan wahyu kepada Nabi dan Rasul. Seorang wartawan bernama Miriam Keneally iaitu nama ibu kepada Nabi Isa, Maryam.

Adakah semua ini hanya kebetulan ataupun pengarah drama siri ‘Messiah’ Tommy Sisley sengaja menggunakan watak – watak ini kerana mempunyai maksud yang tersirat. Jadi benarkah semua ini hanya kebetulan atau benar ‘rumours’ semua ini adalah agenda Illuminati?

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *