Nasihat Dari Abah

By Luqhman Hakim.

Pada 20/7/2020 (semalam) Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan satu perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pegerakkan Pemulihan (PKPP). Perutusan ini diadakan adalah kerana bilangan kes positif Covid-19 sedang meningkat kepada dua angka pada akhir-akhir ini. Peningkatan kes tempatan , kes import dan kemunculan 13 kluster baharu semakin menggusarkan pihak kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pegerakkan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan. Oleh itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun dikenali sebagai gelaran “abah” telah memberikan beberapa nasihat pada perutusan semalam.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menegaskan bahawa, semua masyarakat agar memakaikan pelitup muka semasa berada di tempat awam. Beliau juga berpesan agar semua masyarakat agar sentiasa menjaga penjarakkan sosial semasa berada ditempat yang sesak, elakkan sentuhan badan dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Peringatan ini sangat penting kerana kebanyakkan masyarakat kini telah kembali menjalani kehidupan seperti sebelum ini. Ekonomi negara juga kembali meningkat dan ini merupakan satu petanda yang baik bagi negara kita. Namun, beliau juga berharap agar “lockdown” tidak akan dilaksanakan semula. Bagi rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara juga dinasihatkan agar kekal disiplin semasa kuarantin dirumah. Pusat-pusat kuarantin juga akan dibuka sekiranya kes-kes import masih meningkat.

Sekiranya peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, pihak kerajaan terpaksa menlaksanakan semula Perintah Kawalan Pegerakkan (PKP) dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. Kerugian juga dianggarkan sebanyak RM 2 billion sehari. Oleh itu semua masyarakat diharapkan untuk kekal dirumah dan sentiasa menjaga kebersihan diri bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *