Siapa yang tidak kenal dengan Restoran Nasi Kandar Sulaiman, penangan nasi kandar yang disediakan cukup membuat pelanggannya terliur.
Lebih dikenali kedai itu apabila media sosialnya turut aktif memaparkan perkongsian dengan hantaran lauk-pauk yang menyelerakan.
Sebelum ini tular sebuah hantaran daripada media sosial restoran apabila seorang individu memecah rekod dengan menjamah nasi kandar mencecah RM218, baru-baru ini rekod tersebut berjaya dipecahkan dengan pembelian nasi kandar mencecah sehingga RM222.
Menurut perkongsian daripada Facebook Nasi Kandar Sulaiman sebentar tadi, kini nasi kandar mereka boleh dinikmati di dalam kereta api, namun dalam waktu yang ditentukan sahaja.
“Selepas ini boleh makan NKS di dalam kereta api. Alhamdulilah mamuzir kita berkolaborasi dengan KTM menjual nasi kandar dalam kereta api. Tapi ada masa tertentu dia sahaja. Boleh roger KTM jika anda mahu makan nasi kandar semasa perjalanan anda ketika menaiki kereta api,” katanya di hantaran Facebook.
“Hebat mamuzir boleh berfikir seperti ini, beliau selalu berfikir diluar kotak sahaja. Sekarang ini anak beliau pun mai tolong beliau buat kerja ini. Saya mendoakan semoga NKT mamuzir terus maju.”