NASI KANDAQ WARNA KUNING???

By Luqhman Hakim

Nasi Kandaq memang satu menu makanan yang sangat sinonim bagi penduduk di utara Malaysia. Nasi kandaq merupakan satu hidangan nasi putih yang dihidang dengan pelbagai campuran kuah dan lauk yang sangat meriah. Kuah yang wajib ada pada hidangan nasi kandaq ialah kuah gulai atau kuah kari bagi sebilangan orang. Namun terdapat beberapa perbezaan diantara nasi kandaq di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, 

Di Pulau Pinang, nasi kandaq selalunya dihidangkan dengan nasi putih dan campuran kuah yang memang sempoi. Kuah banjir memang menjadi pilihan peminat nasi kandaq. Di tambah pula dengan ayam goreng yang panas-panas. Kena pula dengan sambal nyok yang padu dan papadom. Perghh memang terangkat beb.

Namun, nasi kandaq di Kedah dan Perlis ada sedikit perbezaannya. Antara perbezaannya ialah, Nasi yang dihidangkan ialah bewarna kuning namun lauknya agak sama seperti di Pulau Pinang. Tapi, Nasi kandaq Yasmeen di Perlis dan Kedah pula menggunakan nasi minyak. Selain itu, lauk seperti ayam dan daging akan dipotong dan diletakkan dengan nasi bewarna kuning tersebut. Hidangan lauk seperti gulai ayam, dalca, gulai sotong dan daging masak kicap ialah lauk wajib yang akan ada disetiap kedai nasi kandaq di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Jadi Nasi Kandaq negeri mana menjadi pilihan anda???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *