Murtabak Kulit Popia

By Hapeaceuddin

Hampa mesti rindu kan nak makan murtabak bazar Ramadhan. Ha apa kata hampa try buat murtabak sendiri. Tak susah pon dan tak payah nak uli tepung bagai. Pakai kulit popia ja. Bahan-bahan yang hampa perlukan ialah :
• Kulit Popiah
• 250g daging kisar
• 1/2 biji bawang besar
• 1 sudu rempah kari
• 1/2 sudu rempah beriyani
• daun sup
• telur
• mozarella cheese

  1. Tumis bawang besar hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari dan rempah beryani.
  2. Apabila sudah pecah minyak, masukkan daging kisar. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Dalam bekas lain, kacau telur bersama inti daging yang kita sudah masak tadi. Masukkan daun sup dan sedikit cheese.
  4. Ambil beberapa keping kulit popiah, dan balutkan dengan inti murtabak. Taburkan cheese di atas sebelum kita lipat kulit popiah.
  5. Goreng hingga masak.
    Dah siap dan sedia untuk dihidangkan semasa berbuka. Selamat mencuba!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *