LaparPo
Mufti Minta Hentikan Trend Sambut Hari Lahir Di Kubur
Berita
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Trend terkini iaitu menyambut hari lahir di tanah perkuburan telah mendapat teguran mufti.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamed al-Bakri, isu semasa uang timbul kini seperti sambutan hari lahir di tanah perkuburan ini sering menjadi perhatian sama ada ianya dibolehkan atau tidak.

“Persoalan seperti ini sentiasa berlegar dalam khalayak masyarakat sama ada dibolehkan atau tidak dan adakah termasuk dalam perbuatan yang bercanggah dengan akidah, atau ia tidak dibolehkan dalam Islam,” katanya di dalam Buku Dr Zulkifli.

Beliau menjawab, perkara ini seeloknya ditinggalkan dan digantikan dengan perbuatan yang jauh lebih bermanfaat seperti menjamu golongan yang susah.

“Menjawab soalan di atas, kami katakan bahawa perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya,”

Mengambil teladan Rasulullah SAW, Dr Zulkifli menggesa orang ramai untuk mencontohi adab-adab baginda apabila menziarahi tanah perkuburan dan bukannya mementingkan trend terkini.

“Dengan sebab itu, mengimbau kepada sunnah dan sirah Nabi SAW, Rasulullah SAW sentiasa ziarah kubur untuk memberi syafaat kepada ahli kubur dengan doa atau mengambil faedah untuk mengingati kematian dan muhasabah diri.

Beliau yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menitipkan pesan untuk perbanyakkan berdoa agar dijauhi daripada azab kubur apabila melintasi kawasan tanah perkuburan.

”Bahkan kita sendiri ada diajar untuk berdoa agar diselamatkan daripada azab kubur,” jelasnya.