LaparPo
Motosikal Mewah Berharga RM460,900 Habis Terjual Di Malaysia
Berita
Ducati Malaysia

Motosikal mewah keluaran Ducati iaitu Ducati Streetfighter V4 Lamborghini berharga RM460,900 dilaporkan telah habis terjual di Malaysia.

Keluaran terbaru Ducati ini merupakan keluaran edisi terhad dan hanya 630 unit sahaja terjual di seluruh dunia dengan dua daripadanya dijual di Malaysia.

Dalam satu hantaran di Instagram rasmi Ducati Malaysia, pembeli pertama Ducati Streetfighter V4 Lamborghini di Malaysia adalah Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin yang juga merupakan peminat tegar Ducati.

“Membongkar Formula Tidak Dijangka: Ducati Malaysia dengan bangganya memperkenalkan Streetfighter V4 Lamborghini yang eksklusif pada acara pembukaan dan penyerahan persendirian di Ducati Kuala Lumpur awal hari ini (semalam).

“Ducatisti yang dihormati, Datuk Nazir Hussin, menerima motosikal sulung itu dikelilingi rakan-rakan terdekat dan keluarga beliau,” umum Ducati Malaysia di laman Instagram.

Reka bentuk unik pada model edisi terhadi ini telah diinspirasikan oleh Lamborghini Huracán STO yang ikonik, Streetfighter V4 Lamborghini mencerminkan gayanya dengan unsur gentian karbon dan gaya eksklusif yang diinspirasikan oleh model hangat Lamborghini tersebut.

Kesemua 630 unit Ducati Streetfighter V4 Lamborghini yang dijual turut akan disertakan Sijil Ketulenan dari syarikat Ducati sendiri.