Messi Mahu Tinggalkan Barca.

By Widad

Baru-baru ini Barcelona dibelasah oleh kelab bolasepak Bayern Munich dalam UEFA Champion League sebanyak 8 – 2. Ianya seperti sejarah yang berulang kerana Barcelona telahpun dimalukan pada tahun 2013 sebanyak 7 – 0.

Kekalahan itu menyebabkan seorang pemain terkemuka Barcelona mahu terus keluar daripada kelab itu. Pemain yang dikatakan mahu keluar daripada kelab itu selepas kalah dengan Bayern ialah Lionel Messi. Spekulasi menyatakan bahawa Messi mahu keluar daripada kelab itu secepat yang mungkin walaupun kontraknya akan tamat pada tahun 2021.

Seorang wartawan Minas Gerais (Brazil) iaitu Marcelo Bechler memuatnaik satu video di twitter yang menyatakan bahawa Messi ingin meninggalkan Barcelona, bukan pada tahun 2021 tetapi secepat yang mungkin. Marcelo Bechler ini pernah menyatakan bahawa Neymar akan berpindah ke PSG suatu ketika dahulu dan perkara tersebut menjadi nyata.

Walaubagaimanapun, sekiranya benda ini menjadi kenyataan, jersi manakah yang akan disarung oleh Messi? Adakah Man United? Ataupun Kedah FA? Khabar angin mengatakan bahawa, kelab Man City berminat untuk menandatangani kontrak bersama pemain lagenda tersebut dengan membayar seberapa banyak wang untuk menarik pemain tersebut ke stadium Etihad.

siapakah captain seterusnya?

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *