MERUNGKAI MAKNA DISEBAIK LAGU TANYA SAMA ITU HUD HUD

Penulisan : ANKABUT

Siapa yang tidak kenal M.Nasir atau nama sebenarnya, Datuk Mohamad Nasir bin Mohamad, seorang insan yang diminati ramai semasa zaman kegemilangannya. Beliau merupakan seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah serta pelukis yang menetap di Malaysia.


Apabila kita bercerita tentang Datuk M Nasir, sudah pasti kita akan teringatkan lagu-lagunya yang dinyanyikan olehnya yang memiliki seribu satu makna yang tersirat di dalam lagunya. Beliau memang dikenali dengan keupayaan beliau menyampaikan mesej yang bermakna di dalam lagu-lagunya.

Salah satu daripada lagu tersebut adalah lagu Tanya Sama Hud Hud, yang telah tercalon sebagai lagu terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1995. Namun, lagu ini tidak berjaya memenagi anugerah tersebut kerana tewas kepada lagu Mentera Semerah padi, yang juga merupakan lagu yang dinyanyikan oleh beliau.

Namun, apa yang ingin sampaikan kali ini adalah tentang maksud yang tersirat di dalam lagu tersebut.

Lirik lagu Tanya Sama Hud Hud

 Tujuh puluh tiga pintu,

Tujuh puluh tiga jalan,

Yang sampai hanya satu jalan,

Ribu-ribu Margasatua,

Mencari raja si Muraq,

Yang sampai hanya tiga puluh,

Ooh… Sang Algojo,

Ooh… nanti dulu,

Lihat dunia dari mata burung,

Atau dari dalam tempurung,

Yang mana satu engkau pilih,

Dalam kalut ada peraturan,

Peraturan mencipta kekalutan,

Di mana pula kau berdiri,

Di sini,

Ooh… Sang Algojo,

Ooh… nanti dulu,

Berikan ku kesempatan akhir ini,

Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya,

Berikan aku kesempatan akhir ini,

Lai lai la lai la lai,

“Tanya sama itu hud-hud,

Lang mensilang,

Kui mengsikui,

Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”

Tujuh puluh tiga pintu,

Tujuh puluh tiga jalan,

Yang sampai hanya satu jalan,

Rangkap ini dipetik daripada hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud terdapat banyak golongan dengan fahaman masing-masing. Fahaman akidah di antara satu sama lain mempunyai perbezaan bahkan saling bertentangan. Namun, pada akhirnya yang terselamat hanyalah satu fahaman yang benar.

Ribu-ribu Margasatua,

Mencari raja si Muraq,

Yang sampai hanya tiga puluh,

rangkap ini sebenarnya merujuk kepada manusia itu sendiri, yang cuba mengenal Tuhan. Namun hanya sedikit sahaja yang layak.

Ooh… Sang Algojo,

Ooh… nanti dulu,

Algojo merupakan orang yang ditugaskan untuk mencabut nyawa. Dalam konteks kehidupan kita, sang algojo merujuk kepada Malaikat Maut, yang akan mencabut nyawa kita apabila telah sampai masanya. Sekiranya malaikat maut tiba untuk mencabut nyawa kita, adakah kita mampu untuk mengelak atau meminta agar kematian kita ditangguhkan?

Lihat dunia dari mata burung,

Atau dari dalam tempurung,

Yang mana satu engkau pilih,

Maksud disebalik rangkap ini adalah kita perlu melihat dunia ini dari kaca mata seekor burung (luas dan terbuka), dan bukanlah hanya memikirkan tentang diri sendiri dan berfikiran tertutup sama seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung.

Dalam kalut ada peraturan,

Peraturan mencipta kekalutan,

Di mana pula kau berdiri,

Di sini,

Setelah kejahilan melanda umat manusia, turunlah ajaran yang benar. Namun agama tersebut mendapat tentangan dan kekalutan terjadi dalam kalangan masyarakat.

Berikan ku kesempatan akhir ini,

Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya,

Berikan aku kesempatan akhir ini,

Lai lai la lai la lai,

Berikan aku peluang pada waktu yang singkat ini untuk menyampaikan perkara yang benar. Namun, di saat akhir kehidupan, kita tidak mampu lagi untuk bertaubat dan merayu untuk ditangguhkan saat pengakhiran kehidupan kita.

Tanya sama itu hud-hud,

Lang mensilang,

Kui mengsikui,

Kerna dia yang terbangkan ku ke mari,

Rangkap ini merujuk kepada kisah hud hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.

Terdapat banyak maksud dan tafsiran daripada lagu ini. Apa yang saya sertakan di sini merupakan salah satu daripada maksud lagu tersebut. Sekiranya anda mempunyai pendapat dan maksud anda yang tersendiri.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *