LaparPo
Menu Nasi 4 Bungkus Berharga RM4 Di Nasi Kandar Sulaiman
Berita
Nasi Kandar Sulaiman

Sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang mencuri perhatian pengguna media sosial hari ini kerana harga menunya yang murah.

Restoran Nasi Kandar Sulaiman mencuri perhatian ramai dengan menu nasi separuh, kuah dan telur rebus separuh dengan harga RM1.00. Jika dibeli sebanyak empat bungkus, baru berharga RM4.00.

Promosi ini memang sukar dipercayai tetapi ia dikongsikan oleh restoran itu menerusi satu hantaran di Facebook pada 3 Februari lalu.

“RM1.00. Nasi setengah telur setengah. Empat bungkus ini RM4.00 sahaja. Janji kenyang,” katanya.

Sejak hantaran itu dimuatnaik di Facebook, hantaran ini mendapat 16,000 suka, 912 komen dan 413 perkongsian.

Ramai pengguna memuji inisiatif yang dibawa Restoran Nasi Kandar Sulaiman ini. Ini kerana inisiatif ini dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan mendapatkan makanan pada harga berpatutan.

Salah seorang yang berpandangan sedemikian ialah pengguna Facebook, Zeck Neo. “Kedai macam inilah kita perlu sokong. Jom ramai-ramai sokong sambil bersedekah bersama Nasi Kandar Sulaiman,” katanya.

Bagi yang ingin mencuba menu ini, Restoran Nasi Kandar Sulaiman terletak di 60, Jalan Air Itam, George Town, 10460 George Town, Pulau Pinang. Restoran beroperasi dari jam 6.30 pagi hingga 2.30 petang.