Mengamalkan Norma Baharu

By Kimi

Mengamalkan norma baharu semakin diterima oleh kebanyakkan rakyat Penang. Rata-rata tempat atau premis yang dikunjungi mengamalkan SOP seperti mengambil bacaan suhu badan dan mencuci tangan menggunakan sanitizer. Namun penjarakan sosial 1Meter masih lagi menjadi masalah kerana beberapa faktor antaranya adalah ruang sempit. 

Tempat yang menerima ramai kunjungan akan menghadapi masalah untuk mengamalkan penjarakan sosial kerana manusia susah untuk dikawal. Jadi untuk langkah berjaga-jaga kita harus elakkan diri dari mengunjungi tempat tersebut untuk mengelak risiko dijangkiti virus. 

Sememangnya pilihan ditangan kita untuk membuat keputusan menyertai golongan yang ramai bersempit atau menggunakan alternatif lain seperti online dan sebagainya. Keputusan itu berkait rapat dengan masa depan kita sama ada terus sihat atau sebaliknya.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *