Mendy Pembelian Terbaik Chelsea Untuk Musim Ini.

By: Afiq

Posisi penjaga gol Chelsea kini kembali kebal setelah pengurus kelab bola sepak itu, iaitu Lampard mengambil keputusan untuk melakukan pembelian terakhir bagi melengkapkan skuad terbarunya sebelum tutupnya jendela musim perpindahan pemain bola sepak di eropah. Walaupun Kepa Arrizabalaga di senaraikan sebagai perpindahan penjaga gol termahal dunia, namun prestasinya kian merosot setelah khabar angin yang mengatakan bahawa dia telah putus cinta pada awal tahun ini.

Oleh itu, dengan yuran perpindahan yang bernilai 22 juta Europe. Chelsea telah melengkapkan perpindahan penjaga gol dari Rennes itu pada pertengahan bulan september lalu. Hanya baru beberapa perlawanan, Mendy telah memegang rekod sebagai penjaga gol pertama Chelsea yang berjaya mendapatkan “clean sheet” dalam tiga perlawanan awal Premier Leauge selepas Petr Cech pada tahun 2004.

Mendy turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan sewaktu menentang Manchester United. Statistik menunjukkan bahawa Mendy telah melakukan sebanyak 4 saves on target di akhiri dengan kesudahan seri tanpa jaringan. Mungkin dengan usia Kepa yang masih muda, dia boleh belajar banyak dengan Mendy ni.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *