Berita
Universiti Malaysia Sabah

Manifesto yang dibawa oleh seorang mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menarik perhatian ramai ketika menjadi salah seorang calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kampus baru-baru ini.

Beliau yang bertanding di bawah tiket Suara Mahasiswa UMS merupakan calon dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) telah membentangkan manifesto unik untuk mendapatkan undi.

Mahasiswa Tahun 3 ini berasal dari Kampung Lohan Datu, Ranau, Sabah ini dikenali sebagai Situ Nur Asyerra binti Wasli telah mencadangkan dua manifesto unik bagi memperkasakan kebajikan pelajar di univeristi tersebut.

Antara manifestonya yang menjadi tumpuan ialah pengagihan deodorant bagi pelajar yang mempunyai masalah bau badan.

Beliau juga mahu memperkasakan program mentor-mentee bagi pelajar sekaligus menarik perhatian netizen.

Ruangan komen hantaran di lama Facebook itu mendapat sambutan hangat dengan sebahagian besar netizen menyukai cadangan mudah yang diberikan oleh mahasiswa ini.

“Manifesto menarik dan mudah dilaksanakan.”

“Realistik, mudah dan relevan dengan isu setempat di UMS. Tidak terlalu bercita-cita besar walaupun nampak remeh dan melucukan,” ujar Tommy.

Netizen juga mendoakan kejayaan beliau yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kampus tahun 2024.

Pengalaman dan kematangannya dalam melibatkan diri secara aktif di peringkat universiti bakal menjadi nilai tambah untuk mendapatkan lebih banyak undian daripada rakan mahasiswa lain.