Mana Hampa Nak Pi

By Kimi

Kalau dapat cuti hampa nak pi mana di musim Covid ni? Hampa dah plan ka? Kalau belum bagus sebab anda mempunyai pilihan yang lain, tapi kalau dah booking hotel atau telah berjanji pada orang yang tersayang tunaikan lah janji. Kesian orang rumah dan anak anda yang meletakkan harapan untuk perg bercuti.

Baiklah untuk destinasi bercuti, kami ada beberapa cadangan yang baik untuk anda demi menjaga kesihatan keluarga. Cadangan pertama ialah rujuk akhbar, laman sosial atau mana-mana website untuk mencari maklumat statistik kes covid-19 dan kawasan yang terjejas, tujuannya ialah untuk anda tidak melawat tempat tersebut. Seperti Langkawi dan Pulau Pinang sendiri di anggarkan ramai pelancong akan datang. Maka anda harus melawat kawasan yang tidak mempunyai ramai orang. Anda mungkin akan bersempit dengan orang yang tidak dikenali berpotensi membawa virus.

Percutian di kampung dan hutan amat bagus kerana tidak ramai melakukan lawatan demikian. Lawatkan tempat tersebut untuk menikmati keindahan alam dan udara yang segar, udara segar tidak terdapat di bandar atau tempat yang ramai orang. Merasai pengalaman kampung adalah 1 nilai yang terbaik untuk pengalaman anak-anak anda.

Ok guys, stay safe! PENANG LAWAN COVID! 

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *