Man City & Man United Derma Makanan

By Jarvis

Kedua2 club gergasi Manchester menyertai kelab Liga Perdana Inggeris lain membantu komuniti sepanjang pandemik COVID-19, mereka bergabung menyumbangkan 100,000 pound (RM516,178) untuk bank makanan tempatan.

Kedua2 club berbangga dengan peranan dimainkan penyokong-penyokong mereka dalam membantu bank makanan tempatan dan mengenal pasti keperluan meningkat badan-badan kebajikan ini akibat impak coronavirus.

Inisiatif ini dimulakan oleh penyokong kedua-dua kelab, City dan United masing-masing akan menderma 50,000 pound (RM258,089) kepada Trussel Trust, rangkaian sokongan kepada lebih 1,200 bank makanan.

Dalam situasi mencabar buat komuniti ketika ini, mereka gembira dapat bekerjasama dengan penyokong-penyokong untuk membantu komuniti City & United

Sumbangan itu akan membantu bank-bank makanan mengimbangi kehilangan sumbangan daripada kelab-kelab yang biasanya disediakan pada hari perlawanan selepas berita bola sepak Inggeris ditangguhkan sehingga penghujung April sepanjang penularan pandemik ini.

Aston Villa mengagihkan 1,000 pek makanan tengahari, yang sepatutnya diberikan kepada kakitangan hari perlawanan menentang Chelsea tetapi ditangguhkan, kepada organisasi gelandangan dan badan kebajikan lain.

Newcastle United turut menyumbang 1,200 pai dan daging beku untuk bank makanan selepas penundaan perlawanan hujung minggu lalu.

Brighton and Hove Albion pula menghubungi penyokong-penyokong warga emas dalam pengasingan untuk menawarkan bantuan.

Chelsea tampil menawarkan kakitangan perubatan menggunakan hotel mereka di Stamford Bridge, manakala Burnley dan Everton membantu bank makanan dan penghantaran makanan kepada komuniti.

Kelab-kelab lain seperti Watford dan West Ham turut tidak ketinggalan memberi sumbangan kepada komuniti dengan barangan keperluan harian. – Sumber Reuters

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *