Satu kajian mengenai status hubungan individu di Asia Tenggara mendedahkan Malaysia berada dalam kedudukan tiga teratas untuk negara paling ramai orang bujang.
Ini berdasarkan satu kajian yang dimuatnaik oleh Seasia Stats baru-baru ini. Untuk makluman, bujang bukan saja merujuk kepada orang yang belum berkahwin.
Malah, status ini merujuk kepada individu yang telah bercerai dan kematian pasangan baik suami atau isteri.
Mengikut kajian mereka, Filipina menduduki tangga teratas dengan 49% sebelum diikuti oleh Brunei dengan 44.9%.
Malaysia pula berada di tangga ketiga dengan 44.68%. Timor Leste memiliki peratusan paling sedikit dengan 13%.
Peratusan data ini diambil dengan mengambil kira faktor-faktor seperti pandangan terhadap ekonomi, taraf ekonomi dan peningkatan keperluan sosial individu yang masih bujang.
Peratusan ini turut menunjukkan transformasi lebih luas dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Transformasi ini menyaksikan individu semakin mengutamakan ruang peribadi, penjagaan diri dan kesejahteraan emosi berbanding tanggapan tradisional tentang berkahwin dan berkeluarga.