MAKAN PEDAS HIDUP LAMA!!

Makanan pedas memang tidak asing lagi bagi tekak-tekak rakyat Malaysia. Penggemar makanan pedas saban hari semakin bertambah. Bagi penggemar makanan pedas, hidup seolah-olah tidak lengkap tanpa menjamah atau memakan makanan pedas sebagai “teman makan”. Penggemar makanan pedas boleh tersenyum lebar kerana memakan makanan pedas bukan sahaja menjadi penambah selera malahan makanan pedas juga boleh hidup lama?

Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, mereka mendapati bahawa orang-orang yang suka makan pedas boleh kurangkan risiko kematian sebanyak 13% berbanding orang yang tidak suka makan makanan pedas. Selain itu, dalam satu kajian di China menyatakan bahawa golongan yang setiap hari makan makanan pedas memiliki 14% penurunan risiko terhadap kematian. Sementara itu, mereka yang makan makanan pedas hanya dua kali seminggu mendapati penurunan risiko kematian hanya 10%. Orang-orang yang makan makanan pedas hanya satu kali seminggu dan mereka yang sama sekali tidak makan makanan pedas, risiko kematiannya tidak mengalami perubahan.

Adakah hanya makan pedas atau cabai boleh panjangkan umur?

Capsaicin telah dibuktikan dapat mengaktifkan reseptor sel di lapisan dalam usus untuk menghasilkan reaksi yang boleh menurunkan risiko pertumbuhan tumor dengan mematikan reseptor yang over-reaktif. Aktiviti reseptor ini juga berperanan mencegah obesiti dari dalam tubuh. Pencegahan obesiti akan menurunkan risiko penyakit kardiovaskular, gangguan metabolik, dan juga penyakit paru. Selain itu, capsaicin dalam cabai efektif menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam tubuh. Ini dapat memperbaiki kelancaran aliran darah dari  menuju jantung dan menyebabkan penurunan tekanan darah akibat pengaruh oksida nitrat dalam capsaicin terhadap pelebaran pembuluh darah.

Pada akhirnya, kesan kelancaran pengaliran darah ini dapat menjaga kesihatan jantung. Vitamin A dan C yang terkandung dalam cabai juga memperkuat dinding otot jantung. Menurut American Association for Cancer Research, senyawa capsaicin (yang juga ditemukan dalam kunyit) memiliki kemampuan untuk mematikan beberapa jenis kanser dan sel leukaemia. Peneliti juga menemukan bahawa capsaicin mampu membunuh 80% kanser prostat tanpa membahayakan sel-sel normal di sekitarnya.

Tambahan pula, cabai memiliki sifat antimikroba dan anti-peradangan. Cabai dinilai sangat kukuh untuk melindungi dari borok (ulkus) dalam perut. Luka dalam perut diakibatkan oleh bakteri H.pylori penyebab pertumbuhan bisul, dan capsaicin dapat membantu untuk membunuh koloni bakteri tersebut. Walaupun terdapat banyak kajian yang membuktikan manfaat makan makanan pedas tetapi kita mesti berjaga-jaga dalam pemakanan yang kita ambil.

Kesimpulannya, daripada mencari makanan “super” yang dapat meningkatkan kesihatan dan mengurangi risiko kematian, lebih baik anda mula mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Amalkan cara makan makanan seimbang yang mengandungi buah-buahan dan sayuran, dan yang paling penting kerap- keraplah bersenam secara rutin, serta hindari rokok dan alkohol.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *