LUAHAN GURU WANITA YANG JADI BAHAN JENAKA SEORANG PENYAMPAI RADIO

By Ezzat Shukri

Selepas kes Shuk Hot FM, kini nama stesyen radio Hitz FM menjadi buah mulut netizen selepas tindakan salah seorang penyampai radio mereka mempersendakan seorang guru wanita.

DJ radio, Muhammad Yusuf Shukri atau DJ Yusuf, 29 telah digantung kerja berikutan rakaman video mempersendakan seorang guru yang dimuat naik di laman TikTok nya.

Perbuatan itu mendapat kecaman ramai terutamanya dilaman Facebook.

Walaubagaimanapun, respon dari guru tersebut telah mencuri perhatian ramai dan rata-rata netizen memberi kata-kata semangat. Netizen menasihati supaya guru tersebut menghiraukan komen negatif dan kecaman.

Guru tersebut, Rafidah Rahmat menerusi posting di laman Facebook peribadinya berkata, dia bagaimanapun mengakui kelemahan yang berlaku semasa mengajar.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yang berlaku buat diriku dan semua rakan muka buku (Facebook).

“Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya. Saya bangga jadi guru,” katanya.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *