LaparPo
Licin Bersih 3 Bakul Otak-otak, Wanita Ini Ingatkan Ianya Percuma
Berita
Takeaway/CC BY 3.0

Sebut saja otak-otak, ramai orang membayangkan kek ikan yang dicampur dengan rempah sebelum dibakar sehingga masak.

Bila otak-otak ini sudah masak, ia diletakkan dalam bakul kecil di mana-mana kedai makan terutama di belah bandar.

Jadi, bila dapat otak-otak yang panas dan enak atas meja, sekurang-kurangnya dapat jadi alas perut sebelum menikmati hidangan lain.

Meskipun begitu, ada yang leka menikmati otak-otak sehingga terlupa mereka perlu membayarnya!

Perkara ini yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok, piizzaa05 semasa membawa keluarganya makan di sebuah restoran baru-baru ini.

Selepas mengambil pesanan hidangan, pemilik restoran meletakkan tiga bakul kecil otak-otak di atas meja mereka. Kerana lapar, mereka makan beberapa keping otak-otak sebagai pembuka selera.

Tanpa disangka-sangka, semua otak-otak yang diletakkan dalam tiga bakul kecil berkenaan sudah habis dimakan. Mereka sangka otak-otak yang diletakkan di atas meja itu ialah makanan percuma buat pelanggan.

Alangkah terkejutnya pizzaa05 sekeluarga apabila pemilik restoran menyatakan mereka perlu juga membayar otak-otak yang dimakan sebelumnya.

Atas sebab itu, bila nak makan, kena lihat dulu senarai menu yang ada. Kalau ada yang tak tersenarai, boleh rujuk kepada pelayan restoran untuk dapatkan maklumat termasuk harga.

@pizarompin

depa mai letak atas meja x order pun ingat free mkn je habis 3bakul last2 ckp kena buat🤪🤪🤪🤪🤭

♬ Don’t Stop! (Airplay Edit) – ATB

Dengan cara ini, itu bukan saja cara nak elak berbelanja secara berlebihan semasa makan. Malah, ini peluang jadi lebih cakna untuk elak perkara sama tak berulang.