Letupan Beirut

by: widad

Seluruh dunia dikejutkan dengan letupan yang berlaku di Beirut. Kejadian tersebut berlaku di antara jam 6 petang waktu tempatan. Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengatakan bahawa orang yang bertanggungjawab ke atas letupan yang berlaku itu tidak akan terlepas dan akan dikenakan ‘balasan’.

Walaubagaimanapun, seorang pegawai kanan keselamatan mengatakan bahawa letupan tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh ‘bahan letupan’ yang telah disita dan disimpan di gudang bertahun lamanya. Gudang tersebut dikatakan sudah wujud selama enam tahun sejak 2014 dan tempat tersebut dikatakan amat berbahaya. Gudang tersebut telahpun diberikan amaran pada tahun 2014 kerana didakwa melanggar peraturan berkaitan pengurusan keselamatan. Namun, letupan tersebut dikatakan berpunca daripada gudang bunga api tersebut yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan tetapi BBC melaporkan bahawa punca kejadian masih lagi disiasat.

perasaan dan reaksi seorang penduduk keatas kejadian letupan di gudang tersebut.

Dua letupan telah berlaku dan menggegarkan Beirut yang mengakibatkan puluhan terbunuh dan ribuan orang tercedera. Kesan letupan itu juga menyebabkan bangunan-bangunan berdekatan musnah dan mengalami kerosakan yang teruk. Kesan gelombang letupan itu dapat dirasai dan dilihat sejauh kira-kira 10 kilometer.

Susulan kejadian itu, Presiden Lubnan telah mengadakan mesyuarat dan memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu.

Marilah sama sama kita mendoakan agar semua urusan mereka dipermudahkan.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *