LaparPo
Legenda Dikir Barat Kini Teruskan Hidup Dengan Berniaga Nasi Lemak
Berita
Halim Yazid

Ramai terkejut bila mendengar penyanyi legenda dikir barat, Halim Yazid kini meneruskan hidup dengan menjual nasi lemak.

Gempak melaporkan Halim kini menjual makanan menerusi gerainya yang dipanggil Khemah Cita Rasa Halim Yazid.

Justeru, tidak hairanlah ada pelanggan yang terkejut bila bersua muka dengan beliau bila mendapatkan makanan di situ.

Bila ditanya tentang gerainya itu, Halim memaklumkan beliau sudah berniaga sejak enam bulan lalu. Ini dilihat sebagai punca mata rezekinya sementara menunggu tawaran persembahan.

Selain menjual makanan, beliau turut memberi peluang kepada peminat dikir barat untuk mendapatkan tempahan koleksi lagunya yang dijual dalam bentuk pemacu pena (pendrive).

Terbaru, kelibatnya berniaga makanan dapat dilihat di Pesta Makanan Kelantan 2024 yang diadakan di Pasir Mas baru-baru ini.

Selain berniaga, Halim turut diundang oleh penganjur untuk mengadakan persembahan kepada khalayak.