LaparPo
Lebih 3 Juta Warga New Zealand Geli Hati Saksikan Kejadian Pelik Yang Berlaku Di Malaysia
Berita
LADBible New Zealand

Satu video membabitkan pelbagai insiden lucu dan pelik di Malaysia mencuri perhatian warga New Zealand sehingga ditonton lebih tiga juta kali!

Kompilasi video insiden pelik dan lucu ini dikumpulkan LADBible New Zealand sebelum dimuatnaik di Facebook mereka pada 1 Disember 2022.

Meskipun hantaran video tersebut sudah melebihi dua tahun, video tersebut bukan saja membuatkan warga New Zealand tidak kering gusi.

Malah, ia turut menarik perhatian rakyat Malaysia dengan meninggalkan komen lucu di ruang komen hantaran video tersebut.

Ada juga warga Malaysia memegang status ekspatriat merasa rindu dengan tanah air selepas melihat video itu.

Antara insiden yang mencuri perhatian ramai ialah orang yang tenang makan semasa ribut melanda dan orang utan mencuri makanan tengah hari seorang pelancong.

Selain ditonton sebanyak tiga juta kali, video tersebut turut mendapat lebih 98,000 tanda suka dan 2,800 komen.