LAMAN WEB KERAJAAN MALAYSIA DIGODAM

By Ezzat Shukri

Beberapa hari lalu ada sebuah video yang telah dimuat naik oleh sekumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai Anonymous Malaysia. Menerusi video tersebut, mereka memberi amaran bahawa mereka akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan.

Mereka pernah memberi amaran sejak 2015, mengenai, penipu terus menipu rakyat melalui e-mel, panggilan telefon, media sosial dan aplikasi WhatsApp, dengan menawarkan wang kepada rakyat serta mengugut mereka seakan-akan mereka melakukan jenayah.

Mereka berkata, hal ini terjadi disebabkan penyedia perkhidmatan kerajaan dan swasta yang mengandungi data peribadi rakyat digodam serta dibocorkan sebelum data itu kemudiannya dijual kepada pihak ketiga.

Ia mendakwa, laman web yang terlibat ialah laman milik kerajaan negeri Sabah, Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.

Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia mendakwa kumpulan yang digelar Cyberpunk Team sudah menggodam beberapa laman web milik kerajaan.

Perbuatan godaman ini dikatakan berlaku lewat malam kelmarin. Kerajaan mendapati hampir semua laman web itu berfungsi dengan baik, kecuali laman web kerajaan negeri Perak, yang tidak boleh diakses.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *