LaparPo
Khairul Aming Lancarkan Produk Baru, 80,000 Paket Pertama Jadi Buruan Peminat
Berita
Khairul Aming

Selepas popular menerusi produk Sambal Nyet Berapinya, usahawan dan pempengaruh media sosial Khairul Aming kini tampil dengan produk baru.

Menerusi satu hantaran baru di Instagramnya hari ini, beliau memperkenalkan produk terbarunya iaitu Dendeng Nyet Berapi.

Bagi merealisasikan Dendeng Nyet Berapi sebagai satu produk yang boleh dipercayai, produk ini telah melalui proses kajian dan penyelidikan (R&D) selama setahun.

Dan bagi memastikan kilang beliau dapat memenuhi permintaan pelanggan, Khairul Aming turut membelanjakan kos penambahbaikan sebanyak RM2 juta.

Kos tersebut digunakan bagi menambahbaik kilang dan mempersiapkan mesin diperlukan untuk menghasilkan Dendeng Nyet Berapi.

Dendeng Nyet Berapi bakal dilancarkan pada 2 Februari ini dengan 80,000 paket pertama menanti para pembeli.

“Kami harap anda akan menyukainya, kalau ada kekurangan boleh beritahu kita untuk penambahbaikan. Jumpa anda di hari pelancaran nanti,” katanya hari ini.

Di ruang komen, ramai pengguna teruja dengan produk baru yang diperkenalkan Khairul Aming itu.

Antara yang sudah tidak sabar mendapatkan Dendeng Nyet Berapi ialah pelakon popular, Mira Filzah dan pempengaruh media sosial, Pinn Yang.