LaparPo
Khairul Aming Kongsi Resipi Ayam Unik, Hanya Masak Dalam Air Fryer
Resipi
Khairul Aming

Sejak kebelakangan ini, ramai orang mencari resepi Ayam Bakar Kewpie yang dihasilkan oleh usahawan dan personaliti media sosial terkenal Malaysia, Khairul Aming.

Ini kerana Ayam Bakar Kewpie bukan saja nampak menyelerakan. Malah, cara nak sediakan hidangan ini juga mudah kerana hanya perlukan empat bahan sebagai bahan perapan ayam sebelum dibakar.

Empat bahan tersebut ialah sos tiram, serbuk lada hitam, sos Kewpie roasted sesame dan campuran herba. Nampak ringkas tapi bila sudah rasa, mesti nak lagi.

Mari lihat cara penyediaan Ayam Kewpie di bawah.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Kewpie

Satu ekor ayam
Sos Kewpie roasted sesame
Sos tiram
Serbuk lada hitam
Sedikit minyak masak
Campuran herba – pilihan tambahan

Langkah-Langkah

  • Mula-mula, gaulkan ayam dengan Sos Kewpie bijan panggang, sos tiram, serbuk lada hitam dan herba campuran. Gaul sehingga sebati.
  • Tambahkan sedikit minyak masak pada ayam agar kulit ayam nya lebih rangup.
  • Masukkan perapan ayam dalam penggoreng udara dan bakar pada suhu 200°C selama 20 minit.
  • Selepas siap dimasak, sudah boleh dihidangkan.
@khairulaming

Ayam Kewpie campur Sambal Nyet. Combination yang sangat sedap dan kick. Korang boleh try, simple je guna air fryer 😁 #makanlokal #sambalnyet

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Selamat mencuba dan nikmati kelazatan Ayam Bakar Kewpie!