KES POSITIF HARIAN TERTINGGI YANG PERNAH DICATATKAN DI MALAYSIA

by Ezzat Shukri

Malaysia mencatatkan 6,075 kes Covid-19 baru, angka harian tertinggi sejak wabak Covid-19 bermula.

Dalam catatan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 2.251 kes baru, yang merupakan yang tertinggi dari semua negeri. Ini diikuti oleh Johor dengan 699 kes, Kuala Lumpur dengan 660 kes, Kedah dengan 445 kes dan Kelantan dengan 441 kes.

Sehubungan dengan itu, tidak ada lagi zon hijau di semenanjung Malaysia, kata Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tweet hari ini mengenai kes Covid-19 Malaysia.

Walaubagaimanapun, pelbagai cadangan diusulkan oleh beberapa pihak bagi mengatasi masalah ini. Antaranya daripada posting Lee Dennis menerusi akaun Facebook nya.

“Please impose a total MCO for three weeks nationwide. Businesses may suffer but it will pick up stronger when people are healthy.

“Stop all the blame on the economic downfall just to satisfy certain quarters. The MCO now is like a pre-celebration for nothing and people’s lives are in danger,” katanya.

Juga, cadangan untuk menglaksanakan ‘Total Lockdown’ di negeri yang mencatat kes tertinggi, Selangor.

Dan hal ini masih dalam perbincangan.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *