Kes Aktif Pulau Pinang – 0

By Jarvis

Tidak ada kes Covid-19 aktif yang direkodkan di Pulau Pinang.

Dua kes terakhir dilaporkan dibebaskan pada jam 12 tengah hari kelmarin, menurut statistik dari Jabatan Kesihatan Negeri.

Ini adalah kali pertama Pulau Pinang mencatatkan tiada kes baru dan pada masa yang sama tidak mempunyai pesakit dalam wad untuk Covid-19.

Kelmarin menandakan Pulau Pinang tidak mencatat kes baru selama 8 hari, sejak dua kes terakhir direkodkan pada 26 April.

Sebelum ini, Pulau Pinang gagal untuk diisytiharkan sebagai negeri hijau dengan dua kes direkodkan di Mukim 16 daerah Seberang Perai Utara.

Secara kumulatif, Pulau Pinang melaporkan sejumlah 121 kes dengan satu mangsa meninggal dunia pada 22 Mac.

Pulau Pinang akan melaksanakan Penang Gradual Recovery Strategy (PGRS) yang akan membuka semula industri secara berperingkat dari 8 Mei sehingga 13 Mei.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *